Allah telah menjanjikan kelebihan kepada mereka yang menghafal al Quran seperti yang digambarkan di bawah.
1.MEREKA ADALAH KELUARGA ALLAH SWT.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Dari Anas ra. Ia berkata bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga
yang terdiri dari manusia.” Kemudian Anas berkata lagi, lalu Rasulullah
s.a.w bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah. Baginda menjawab:
“Iaitu ahli Quran (orang yang membaca atau menghafal Al- Quran dan
mengamalkan isinya).Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang
istimewa bagi Allah.
2.DI TEMPATKAN SYURGA YANG PALING TINGGI
Sabda rasulullah s.a.w:
“Dari Abdullah Bin Amr Bin Al Ash ra dari
nabi s.a.w, baginda bersabda; Diakhirat nanti para ahli Al Quran di
perintahkan, “Bacalah dan naiklah kesyurga. Dan bacalah Al Quran dengan
tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia.
Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau
baca.”
3.AHLI AL QURAN ADALAH ORANG YANG ARIF DI SYURGA
Sabda rasulullah s.a.w “Dari Anas ra.
Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; “Para pembaca Al Quran itu
adalah orang-orang yang arif di antara penghuni syurga,”
4.MENGHORMATI ORANG YANG MENGHAFAL AL QURAN BERERTI MENGAGUNGKAN ALLAH SWT.
Sabda rasulullah s..a.w “Dari Abu Musa
Al Asya’ari ra.ia berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Diantara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati Orang Islam
yang sudah tua, menghormati orang yang menghafal Al-Quran yang tidak
berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Quran
tidak di amalkan, serta menghormati kepada penguasa yang adil.”
5.HATI PENGHAFAL AL-QURAN TIDAK DI SIKSA
Sabda rasulullah s.a.w.
” Dari Abdullah Bin Mas’ud ra. Dari nabi
s.a.w. baginda bersabda: ” bacalah Al Quran kerana Allah tidak akan
menyiksa hati orang yang hafal al-quran.
Sesungguhanya Al -Quran ini adalah
hidangan Allah, siapa yang memasukkunya ia akan aman. Dan barangsiapa
yang mencintai Al Quran maka hendaklah ia bergembira.”
6.MEREKA LEBIH BERHAK MENJADI IMAM DALAM SOLAT
Sabda rasulullah s.a.w. :
“Dari Ibnu Mas’ud ra. Dari Rasulullah
s.a.w. beliau bersabda; “yang menjadi imam dalam solat suatu kaum
hendaknya yang paling pandai membaca Al Quran.”
7.DISAYANGI RASULULLAH S.A.W
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Dari Jabir Bin Abdullah ra. Bahawa nabi
s.a.w menyatukan dua orang dari orang-orang yang gugur dalam perang
uhud dalam satu liang lahad.
Kemudian nabi s.a.w. bertanya, “dari
mereka berdua siapakah paling banyak hafal Al Quran?” apabila ada orang
yang dapat menunjukkan kepada salah satunya, maka nabi s.a.w memasukkan
mayat itu terlebih dahulu ke liang lahad.”
8.DAPAT MEMBERIKAN SYAFAAT KEPADA KELUARGA
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Dari Ali Bin Abi Thalib Karramallahu
Wajhah ia berkata, “Barangsiapamembaca Al Quran dan menghafalnya, maka
Allah akan memasukkannya kedalam syurga dan memberikannya hak syafaat
untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah di
tetapkan untuk masuk neraka.”
9.PENGHAFAL AL QURAN AKAN MEMAKAI MAHKOTA KEHORMATAN
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Dari Abu Hurairah ra.dari nabi s.a.w.
baginda bersabda: “orang yang hafal Al Quran nanti pada hari kiamatnanti
akan datang dan Al Quran akan berkata; “Wahai Tuhan ,pakaikanlah dia
dengan pakaian yang baik lagi baru.” Maka orang tersebut di berikan
mahkota kehormatan. Al Quran berkata lagi:
“Wahai Tuhan tambahlah pakaiannya.” Maka
orang itu di beri pakaian kehormatannya. Al Quran lalu berkata lagi,
“Wahai Tuhan, redailah dia.” Maka kepadanya di katakan; “Bacalah dan
naiklah.” Dan untuk setiap ayat, ia di beri tambahan satu kebajikan.”
10.HAFAL AL QURAN MERUPAKAN BEKAL YANG PALING BAIK.
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Dari jabir bin nufair, katanya
rasulullah s.a.w. bersabda; “Sesungguhnya kamu tidak akan kembali
menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik daripada sesuatu
yang berasal dari-Nya yaitu Al Quran.
11.ORANG TUA MEMPEROLEHI PAHALA KHUSUS JIKA ANAKNYA PENGHAFAL AL QURAN.
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Dari Buraidah Al Aslami ra, ia berkata
bahawasanya ia mendengar Rasulullah s..a.w bersabda: “Pada hari kiamat
nanti, Al Quran akan menemui penghafalnya ketika penghafal itu keluar
dari kuburnya. Al Quran akan berwujud seseorang dan ia bertanya kepada
penghafalnya: “Apakah anda mengenalku?”.
Penghafal tadi menjawab; “saya tidak
mengenal kamu.” Al Quran berkata; “saya adalah kawanmu, Al Quran yang
membuatmu kehausan di tengah hari yang panas dan membuatmu tidak tidur
pada malam hari. Sesungguhnya setiap pedagang akan mendapat keuntungan
di belakang dagangannya dan kamu pada hari ini di belakang semua
dagangan. Maka penghafal Al Quran tadi di beri kekuasaan di tangan
kanannya dan diberi kekekalan ditangan kirinya, serta di atas kepalanya
dipasang mahkota perkasa. Sedang kedua orang tuanya diberi dua pakaian
baru lagi bagus yang harganya tidak dapat di bayar oleh penghuni dunia
keseluruhannya. Kedua orang tua itu lalu bertanya: “kenapa kami di beri
dengan pakaian begini?”. Kemudian di jawab, “kerana anakmu hafal Al
Quran.”
Kemudian kepada penghafal Al Quran tadi
di perintahkan, “bacalah dan naiklah ketingkat-tingkat syurga dan
kamar-kamarnya.” Maka ia pun terus naik selagi ia tetap membaca, baik
bacaan itu cepat atau perlahan (tartil)
12.AKAN MENEMPATI TINGKATAN TERTINGGI DI DALAM SYURGA.
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Dari Sisyah ra ia berkata, bahawasanya
Rasulullah s.a.w. bersabda; jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama
dengan jumlah ayat-ayat Al Quran. Maka tingkatan syurga yang di masuki
oleh penghafal Al Quran adalah tingkatan yang paling atas, dimana tidak
ada tingkatan lagi sesudah itu.
Semoga dengan memahami hal ini, kita semua bisa lebih terpacu untuk bisa menghafal Al Qur’an setiap harinya, semampu kita.
0 komentar:
Post a Comment